Amazfit Active Edge: Pengalaman Guna Dalam Masa Sebulan
Link Video TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSYCwSthJ/
Hai semua! Sejak guna Amazfit Active Edge selama sebulan ni, memang rasa puas hati. Reka bentuk dia kukuh dan tahan lasak, sesuai untuk kegunaan harian. Bateri tahan sampai 16 hari, jadi tak perlu risau nak caj selalu.
Reka Bentuk dan Ketahanan
Jam ni memang solid dengan reka bentuk dual-tone yang menarik. Saya suka sebab nampak stylish tapi pada masa yang sama tahan lasak. Ketahanan air 10 ATM pun hebat, jadi tak perlu risau kalau terkena air atau hujan.
Pemantauan Kesihatan
Saya bukan orang yang sangat aktif, tapi Amazfit Active Edge sangat membantu saya track kualiti tidur dan pastikan cukup 10,000 langkah sehari. Pemantauan kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah, dan tahap stres sangat berguna untuk saya monitor kesihatan harian. Tidur saya jadi lebih teratur sebab boleh tengok data tidur dan buat penambahbaikan.
Ciri Kecergasan
Walaupun tak aktif sangat, lebih 130 mod sukan yang ada memang memudahkan kalau nak cuba aktiviti baru. Fungsi Zepp Coach yang guna AI pun bagus untuk bantu saya sesuaikan senaman ikut keperluan.
Pengalaman Penggunaan
Muka jam yang boleh disesuaikan dan integrasi dengan aplikasi kecergasan menambah nilai kepada pengalaman penggunaan saya. Bluetooth connectivity pula memudahkan untuk sync dengan telefon pintar saya.
Kesimpulan
Bagi sesiapa yang mencari jam pintar yang praktikal dan penuh dengan ciri menarik, saya sangat syorkan Amazfit Active Edge. Jangan lupa follow TikTok saya untuk lebih banyak review menarik!
Kalau korang nak dapatkan smartwatch ni, korang boleh terus DAPATKAN DISINI
Share this content:
1 comment