×

🎧 Nothing Headphone (1): Gabungan Retro, Gaya & Bunyi Serius

🎧 Nothing Headphone (1): Gabungan Retro, Gaya & Bunyi Serius

Nothing-Headphone-1 🎧 Nothing Headphone (1): Gabungan Retro, Gaya & Bunyi Serius

First Impression: Macam Kaset Zaman 90-an, Tapi Futuristik

Sekali pandang, terus rasa macam ada kaset retro melekat kat telinga — rare betul. Macam style 90-an versi futuristic. Memang jenis headphone yang buat orang pandang dua kali dan tanya,

Nothing-Headphone-1-6 🎧 Nothing Headphone (1): Gabungan Retro, Gaya & Bunyi Serius

“Eh bro, ni headphone apa?”

Saya personally suka giler gaya macam ni.

Rekaan dia memang lain macam — earcup transparent, nampak komponen dalaman, dan ada gabungan aluminium dan plastik yang nampak mahal. Build dia terasa solid dan premium, tapi masih sangat selesa untuk dipakai lama.

Cuma satu benda yang saya rasa penting untuk highlight — headphone ni tak boleh dilipat. Jadi kalau korang jenis yang suka simpan headphone dalam beg kecik atau travel pouch, mungkin ini satu kekurangan untuk dipertimbangkan.

Berat & Selesa: Lebih Berat Dari Sony XM6, Tapi Tetap Best

Dengan berat 329g, Nothing Headphone (1) memang terasa sedikit lebih berat daripada Sony WH-1000XM6 yang saya review sebelum ni. Tapi surprisingly, dia tetap selesa bila dipakai lama.

Saya pakai dalam tempoh mendengar yang panjang — tengok Netflix, edit video, layan muzik —dan masih rasa selesa tanpa rasa panas atau tekanan berlebihan.

Clamping force dia agak kuat sikit, mungkin sebab binaan dia yang gabungan logam dan plastik. Tapi bagi saya, tekanan tu masih dalam tahap selesa dan boleh diterima. Ditambah pula dengan hinges yang smooth, pengalaman pakai dia memang rasa premium dan meyakinkan.

Controls: Kawalan Paling Ergonomik & Fun

Saya memang suka giler bahagian kawalan pada headphone ni.

Ramai brand sekarang suka guna swipe gestures — tapi swipe ni sebenarnya kadang jadi, kadang tak, especially bila tangan berpeluh atau kita tengah bergerak. Nothing ambil pendekatan yang bijak bila mereka gunakan kawalan fizikal sepenuhnya.

Dan lebih menarik — kawalan tu memang sangat ergonomik. Senang dicapai, tactile, dan rasa seronok bila digunakan.

Roller: Untuk adjust volume dan play/pause. Yang ni seriously best giler — sangat tactile dan satisfying. Tapi secara jujur, saya rasa akan jadi lagi padu kalau ada rasa klik-klik halus (ratchety feel).

Paddle switch: Untuk skip lagu, rewind, fast forward. Rasa dia padu dan responsive.

Button ketiga: Fungsi dia untuk panggil Voice Assistant – terus aktif tanpa perlu buka phone.

ANC & Transparency: 80% Power, Tapi Transparency Mode Perlu Diperbaiki

Untuk Active Noise Cancellation (ANC), saya test dalam kawasan rumah, kedai makan, dan taman permainan — kawasan biasa yang agak bising, tapi bukan environment macam ofis atau public transport.

Hasilnya? ANC dia cukup kuat untuk block white noise, bunyi ambience dan suara latar. Kalau saya nak bandingkan, saya letakkan kekuatan dia sekitar 80% dari Sony XM6 — maksudnya masih sangat bagus, cuma bukan yang terbaik dalam kelasnya.

Untuk Transparency Mode, saya perasan kadang-kadang dia bertindak inconsistently —tiba-tiba on atau off sendiri walaupun tak ada sebab jelas. Rasa macam sensor mic dia tak berapa stabil bila suasana senyap.

Nothing-Headphone-1-2 🎧 Nothing Headphone (1): Gabungan Retro, Gaya & Bunyi Serius

Kualiti Bunyi: Sangat Baik, Tapi Sony Masih Favorite Saya

Saya test audio guna Bluetooth LDAC dan dengar lagu dari Apple Music (Hi-Res & Lossless) tanpa ubah sebarang EQ — terus guna setting asal kilang.

Secara keseluruhan:

● Bass dia memang terasa dan ada depth, walaupun tak sekuat Sony.

● Vocals sangat clear, sedap untuk genre akustik, lo-fi, atau lagu emotional.

● Treble pun smooth, tak rasa tajam atau memekakkan telinga — long listening pun masih selesa.

Nothing ada mention bahawa sound profile headphone ni dihasilkan dengan kerjasama KEF, jenama high-end audio dari UK yang terkenal dengan speaker. Tapi secara peribadi, saya tak pernah pakai headphone dari KEF, dan saya lebih kenal mereka sebagai pembuat speaker audiophile.

Jadi bagi saya, KEF mungkin terlibat dari segi fine-tuning atau nada branding, tapi saya tak rasa involvement mereka terlalu besar.

Dan secara jujur — saya masih lebih suka tuning Sony WH-1000XM6.

⚠️ DISCLAIMER: Walaupun saya ada sebut beberapa kali yang Sony XM6 masih headphone yang lebih baik secara keseluruhan, harga yang jauh lebih murah untuk Nothing Headphone (1) menjadikan ia satu pilihan yang sangat berbaloi. Kualiti bunyi dia tetap sangat baik, dan ramai akan puas hati dengan tuning dia straight out of the box.

Bateri: Yang Nothing Nyatakan Memang Mengagumkan

Saya belum sempat gunakan sepenuhnya, tapi menurut spesifikasi rasmi, Nothing Headphone (1) boleh bertahan sehingga 80 jam dengan ANC dimatikan, dan sekitar 30–35 jam jika ANC dihidupkan. Kalau guna LDAC, tempoh tu akan sedikit berkurang.

Kalau angka ni betul, memang ini antara battery life paling tahan lama dalam kategori headphone premium sekarang ni. Sesuai untuk travel, kerja panjang, atau marathon drama tanpa perlu risau cas hari-hari.

Harga & Tarikh Jualan di Malaysia

Harga global diumumkan sebagai USD299, dan kalau convert dengan kadar semasa serta kos import/cukai, harga Malaysia dijangka sekitar RM1,299 hingga RM1,599.

Saya difahamkan bahawa harga rasmi Malaysia akan diumumkan pada 11 Julai 2025. Jadi kalau korang memang dah lama aim, standby je dekat website rasmi Nothing Malaysia atau akaun TikTok/Shopee mereka.

✅ Kesimpulan: Headphone All-Rounder Yang “Rare Tapi Berbaloi”

Kalau korang tengah cari:

● Headphone yang bunyi dia sedap dan balanced,

● Reka bentuk lain daripada yang lain,

● Kawalan fizikal yang best giler dan ergonomik,

● Battery life tahan lama (berdasarkan spesifikasi),

● Dan yang paling penting — nampak bergaya bila pakai…

Saya sangat recommend Nothing Headphone (1) sebagai headphone all-rounder yangbukan sekadar rare, tapi juga berfungsi dengan sangat baik.

Sound tuning dia sesuai untuk kebanyakan orang, kawalan dia fun untuk guna setiap hari, dan design dia confirm buat orang tanya, “Eh, tu headphone apa bro?”

Jumpa lagi dalam review seterusnya!

Share this content:

Brand Preferred Content Creator | Trainer a Professional Technologist with over a decade of experience in photography and a passion for making technology accessible and engaging for everyone. Specialize in delivering “Review Jujur – Gajet untuk setiap poket”, providing honest gadget reviews.

You May Have Missed