×

[Preview] HONOR Magic V5 Bakal Dilancar 15 Julai – Telefon Lipat Paling Nipis Dunia?

[Preview] HONOR Magic V5 Bakal Dilancar 15 Julai – Telefon Lipat Paling Nipis Dunia?

HONOR-Magic-V5-Save-The-Launch-Date-1024x576 [Preview] HONOR Magic V5 Bakal Dilancar 15 Julai – Telefon Lipat Paling Nipis Dunia?

HONOR kembali gegarkan dunia foldable. Kali ni bukan sebarang model — HONOR Magic V5 bakal dilancar rasmi di Malaysia pada 15 Julai 2025 (Selasa) jam 2 petang. Dan ya — dia claim sebagai telefon lipat paling nipis di dunia, setebal cuma 8.8mm bila dilipat.

Tapi… nipis je ke? Jom kita tengok apa lagi yang buat dia mungkin antara foldable paling solid tahun ni.

Apa yang kita tahu setakat ni?

HONOR Magic V5 bukan sekadar tipis, tapi datang dengan spesifikasi yang cukup “flagship”:

Cip: Snapdragon 8 Elite
RAM: Sehingga 16GB
Storan: Sehingga 1TB
Bateri: 5,820mAh
Pengecasan: 66W wired + 50W wireless
Paparan Dalam: 7.95″ LTPO OLED, 120Hz
Paparan Luar: 6.43″ OLED, 120Hz
Kamera:
50MP utama
50MP ultralebar
64MP periskop telephoto (3x optikal, 100x digital zoom)
Ketahanan: IP58/IP59 (debu & air)

HONOR-Magic-V5-hangs-35kg-dumbell-1024x762 [Preview] HONOR Magic V5 Bakal Dilancar 15 Julai – Telefon Lipat Paling Nipis Dunia?
HONOR-Magic-V5-hangs-sofa-1024x759 [Preview] HONOR Magic V5 Bakal Dilancar 15 Julai – Telefon Lipat Paling Nipis Dunia?

Varian yang dijangka masuk Malaysia?

HONOR belum sahkan secara rasmi, tapi berdasarkan laporan:

  • Warna yang mungkin masuk: Ivory White, Dawn Gold, Black, Reddish Brown
  • Versi bateri besar 5,820mAh ini adalah varian global, jadi besar kemungkinan model ini akan dibawa masuk ke Malaysia

Harga? Macam mana dengan Magic V3 dulu?

Harga? Macam mana dengan Magic V3 dulu?

So dari segi upgrade — Magic V5 lebih nipis, bateri besar, lebih ringan dan lebih tahan lasak. Harga? Tak jauh beza dari model tahun lepas.

Magic V3

2024

Bateri 5,150mAh

Ketebalan 9.2mm

Cip Snapdragon 8 Gen 3

Magic V5

2025

Bateri 5,820mAh

Ketebalan 4.1mm

Cip Snapdragon 8 Elite

HONOR-Magic-V5-slimmer-comparable-to-a-50-cent-coin_1-1-819x1024 [Preview] HONOR Magic V5 Bakal Dilancar 15 Julai – Telefon Lipat Paling Nipis Dunia?
HONOR-Magic-V5-slimmer-comparable-to-a-50-cent-coin-1-819x1024 [Preview] HONOR Magic V5 Bakal Dilancar 15 Julai – Telefon Lipat Paling Nipis Dunia?

Pelancaran Rasmi Malaysia

📌 15 Julai 2025 (Selasa), jam 2 petang
📍 Disiarkan secara langsung di Facebook HONOR Malaysia
📺 Jangkaan: pengumuman harga rasmi & pembukaan pra-tempahan

Verdict awal kami?

Kalau HONOR kekalkan harga sekitar RM6,XXX, ini mungkin foldable paling masuk akal untuk pengguna Malaysia yang nak sesuatu yang lain dari Samsung. Dengan body nipis, bateri besar, kamera telefoto periskop dan cip terbaru — Magic V5 nampak macam package premium yang praktikal.

Share this content:

Brand Preferred Content Creator | Trainer a Professional Technologist with over a decade of experience in photography and a passion for making technology accessible and engaging for everyone. Specialize in delivering “Review Jujur – Gajet untuk setiap poket”, providing honest gadget reviews.

You May Have Missed