×

Amazfit Active Edge: Pengalaman Guna Dalam Masa Sebulan

Amazfit Active Edge: Pengalaman Guna Dalam Masa Sebulan

@syazone90

Guys, hari ni saya nak share pengalaman saya lebih kurang 2 minggu menggunakan smartwatch dari @amazfit.my iaitu Amazfit Active Edge. In summary, jam ni membantu saya improve kesihatan dan kualiti tidur. Sangat Recommended! ⌚️❤️ #syazwanshahril #amazfit #amazfitactive #amazfitactiveedge #smartwatch #techgurumalaysia

♬ original sound – Syazwan Shahril | Tech Reviews – Syazwan Shahril | Tech Reviews
Untuk lebih banyak ulasan jujur dan tips teknologi, pastikan anda ikuti saya di TikTok!
Setiap ulasan di laman web ni akan ada link terus ke video TikTok saya, jadi anda boleh lihat sendiri bagaimana saya menggunakan produk-produk ni dalam kehidupan harian.

Link Video TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSYCwSthJ/

WhatsApp-Image-2024-07-05-at-9.10.29-PM-edited-1 Amazfit Active Edge: Pengalaman Guna Dalam Masa Sebulan

Hai semua! Sejak guna Amazfit Active Edge selama sebulan ni, memang rasa puas hati. Reka bentuk dia kukuh dan tahan lasak, sesuai untuk kegunaan harian. Bateri tahan sampai 16 hari, jadi tak perlu risau nak caj selalu.

Reka Bentuk dan Ketahanan

Jam ni memang solid dengan reka bentuk dual-tone yang menarik. Saya suka sebab nampak stylish tapi pada masa yang sama tahan lasak. Ketahanan air 10 ATM pun hebat, jadi tak perlu risau kalau terkena air atau hujan.

WhatsApp-Image-2024-07-05-at-9.10.29-PM-1-edited Amazfit Active Edge: Pengalaman Guna Dalam Masa Sebulan

Pemantauan Kesihatan

Saya bukan orang yang sangat aktif, tapi Amazfit Active Edge sangat membantu saya track kualiti tidur dan pastikan cukup 10,000 langkah sehari. Pemantauan kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah, dan tahap stres sangat berguna untuk saya monitor kesihatan harian. Tidur saya jadi lebih teratur sebab boleh tengok data tidur dan buat penambahbaikan.

Ciri Kecergasan

Walaupun tak aktif sangat, lebih 130 mod sukan yang ada memang memudahkan kalau nak cuba aktiviti baru. Fungsi Zepp Coach yang guna AI pun bagus untuk bantu saya sesuaikan senaman ikut keperluan.

WhatsApp-Image-2024-07-05-at-9.10.29-PM-2-edited Amazfit Active Edge: Pengalaman Guna Dalam Masa Sebulan

Pengalaman Penggunaan

Muka jam yang boleh disesuaikan dan integrasi dengan aplikasi kecergasan menambah nilai kepada pengalaman penggunaan saya. Bluetooth connectivity pula memudahkan untuk sync dengan telefon pintar saya.

Kesimpulan

Bagi sesiapa yang mencari jam pintar yang praktikal dan penuh dengan ciri menarik, saya sangat syorkan Amazfit Active Edge. Jangan lupa follow TikTok saya untuk lebih banyak review menarik!

Kalau korang nak dapatkan smartwatch ni, korang boleh terus DAPATKAN DISINI

Share this content:

Brand Preferred Content Creator | Trainer a Professional Technologist with over a decade of experience in photography and a passion for making technology accessible and engaging for everyone. Specialize in delivering “Review Jujur – Gajet untuk setiap poket”, providing honest gadget reviews.

1 comment

comments user
Tie

Wow best jugak jam ni ya 😍

Comments are closed.

You May Have Missed